Thu, 16 Jul | Online Webinar

Aktiviti Pembalakan di Semenanjung Malaysia : Apa yang anda perlu tahu?

Adakah hutan kita masih di kadar yang selamat ataupun kita sudah diancam oleh kekurangan hutan? Mari bersama kami untuk belajar mengenai kepentingan hutan dan proses pembalakan itu sendiri. Kami sediakan kepada anda dua presiden NGO di Malaysia iaitu daripada Grass dan KUASA untuk berkongsi mengenai
Registration is Closed
Aktiviti Pembalakan di Semenanjung Malaysia : Apa yang anda perlu tahu?

Time & Location

16 Jul 2020, 9:00 pm MYT
Online Webinar

About the Event

Malaysia merupakan Negara yang dianugerahkan dengan hasil hutan yang kaya dengan flora dan fauna. Tetapi tahukah anda bahawa kekayaan hutan ini semakin berkurangan akibat aktiviti pembalakan? Menurut Malaysia Forest dan Information Data(2013) Malaysia sudah hilang sebanyak 4,700,000 ekar hutan akibat aktiviti pembalakan. Bagaimana dengan statistik pada hari ini? Adakah hutan kita masih di kadar yang selamat ataupun kita sudah diancam oleh kekurangan hutan? Mari bersama kami untuk belajar mengenai kepentingan hutan dan proses pembalakan itu sendiri. Kami sediakan kepada anda dua presiden NGO di Malaysia iaitu daripada Grass dan KUASA untuk berkongsi mengenai isu hutan di Negara kita.

Speakers:

Yusaimi:

Mohd Yusaimi bin Md Yusof merupakan Presiden, Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia (Grass Malaysia). Beliau merupakan lulusan Universiti Teknologi Mara yang mempunyai pengalaman luas dengan aktivisme pertubuhan beliau dengan membawa isu sosial pendidikan dan menumpukan agenda alam sekitar. Banyak program berkaitan "Upscalling", Pertanian, Pengupayaan Aktivis, Kesedaran Awam dan modul latihan aktivis telah dijalankan oleh Grass Malaysia. Grass Malaysia juga aktif membawa agenda alam sekitar menerusi perspektif agama dan budaya.

Hafiz:

Hafizudin Nasarudin ialah seorang konsultan dan aktivis alam sekitar yang berasal dari Ipoh, Perak. Beliau merupakan pengerusi kepada  Persatuan Aktivis Sahabat Alam - KUASA sebuah NGO  yang sedang memfokuskan kepada isu hutan dan biodiversiti di Semenanjung Malaysia.beliau juga menjadi konsultan alam sekitar secara sambilan bersama agensi swasta dan juga kerajaan. Beliau juga merupakan pengarah EkoAlam Forestry, sebuah syarikat yang memberi tumpuan kepada semaian anak pokok hutan untuk tujuan penanaman semula.

Share This Event